Pages

Thursday, 3 September 2015

Tajuk 1

Pengertian budi :
         Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan .
         Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
         Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
         Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
        Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

Pengertian bahasa:
         Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia. Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
         Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
         Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
        Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


Pengertian budi bahasa:
         Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

0 comments:

Post a Comment