Peraturan Sosiolinguistik
- Peraturan
sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan
hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks
komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks
komunikasi tulisan).
-Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
-Contohnya
ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri
mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam
masyarakat.
-Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
-Penggunaan
gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain),
panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat
Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan
dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau
unsur kesantunan bahasa.
-Dalam
suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar dan kata
ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya
dengan orang yang berbicara.
-Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
-Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
-Seorang
anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu
saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu
dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang
setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.
-Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor jarak sosial.
-Jarak
sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud di antara
individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan
kelompok.
-Sekiranya
kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti
rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang
berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau
orang-orang yang lebih tua daripada kita.
-Begitu
juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang
lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah
pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.
-Faktor-faktor
yang menentukan jarak sosial ialah darjah keakraban, perbezaan status,
usia, jantina, pendidikan, kelas, pekerjaan dan etnik.
-Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa.
-Bagi
masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan
assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan
memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua.
-Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh.
-Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran percakapan.
-Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan.
-Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap.
-Sekiranya
hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah memastikan orang
tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan
saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”
-Begitu
juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk
percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap
pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.
-Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi kesantunan berbahasa.
-Misalnya
jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu, maka
penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”
-Sekiranya
bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang
memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara.
-Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi.
-Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi.
→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.
→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir isterinya yang tidak pandai
memasak.
-Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
-Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.
-Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
-Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
-Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.
-Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
-Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll.
-Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya.
-Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
-Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk.
0 comments:
Post a Comment